Monday 23 September 2013

-Pelengkap Masyarakat-

assalamualaikum & selamat sihat belaka

jam 12:26 pagi...baby sedang bulat matanya...tadi  dia tido lama..makna katanya shift malam la arini..kali ni, aku nak bercerita sedikit...

Sebuah kereta VW Passat meluru laju meredah hujan..Ramai manusia berpayung menunggu giliran untuk melintas..ada payung berwarna kuning,warna pelangi dan ramai juga yang berpayung hitam..Di sebalik manusia-manusia itu, berdiri seorang pak cik tua berselipar 'Tat-Sing' sedang basah kuyup tanpa dipayungi apa-apa...

Satu hari yang panjang bagi orang bekerja..
Satu hari yang 'tak dan' bagi pengejar harta..
Satu hari yang suram bagi insan putus cinta..
Tapi...
Satu hari yang biasa bagi dia..

Terdetik di hati seorang pemuda..apakah kerja pak cik tua..mata kuyu tidak bermaya..badan terketar beralas 'pagoda'...

Bertanya dia pada sahabat..memegang penyapu apa dibuat..hari makin gelap gelemat..pulanglah cepat mahu berehat..

Bukan diminta jadi begitu..hanya selipar bukan sepatu..kais siang tidak menentu..jawab sahabat tidak membatu...

Kawan pemuda tu pun jawab la...

"Ooooo,,,pak cik ni keje dia sapu sampah kat sini...apsal ko tanya?"


pemuda : bukan ape weh..aku tak selesa la..dalam basah hujan camni, kang tak pasal-pasal kita kotor sebab dekat ngan dia..

kawan : ko ni apa punya manusia la..xde pekdah nya ko hina pak cik sapu sampah tu..sekurang-kurangnya dia cari rezeki halal..bukan sailang harta orang..

pemuda : ishhhh..tu la, masa kecik tak nak sekolah betul-betul...masa muda tak nak kerja keras..dah tua still keja camni...

kawan : tak baik ko cakap camtu...kalau semua orang jadi bos, sapa nak jadi kuli? kalau semua orang jadi tukang order, sape nak jadi tukang ambik order? kalau semua orang jadi tukang buang sampah merata-rata macam manusia takde otak, sape nak jadi tukang sapu sampah? sekarang ko ingat apa yang aku nak cakap ni baik-baik..

"Setiap manusia mempunyai nasib yang berbeza , pekerjaan yang berbeza..percayalah bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan itu adalah baik selagi ia halal..Mengapa ALLAH menjadikan setiap manusia itu berbeza?? kerana setiap dari manusia itu adalah PELENGKAP SESUATU MASYARAKAT" (MohamadFaizalRamli, 2013)


sesudah mendengar ceramah free oleh kawan dia, pemuda itu tercekik biji buah kana yang dimakannya ...lalu tersedak..secara tiba-tiba dia insaf..akhir sekali mereka pun jalan berpegangan tangan untuk pulang ke rumah...

best tak ending camni?? hahahahaha....


Macam mana aku bole terpikir cerita ni??  ceritanya bermula........jeng jeng jeng....


Semenjak dua menjak ni, aku selalu tolong abang ipar & biras buat kerja..dorang ni kontraktor..kerja wiring cable network kat satu unversiti hanya melayu di tengah bandar melaka..

Masa kerja, aku tahu ada mata yang pandang sipi dengan kerja yang aku buat..aku tahu kerja aku tak pakai neck tie, tak pakai seluar slack, geng kerja aku orang indonesia dan rupa aku kacak  kerja aku takde pakai komputer bagai...tapi korang kena tahu yang aku sedang cari rezeki yang halal untuk disuap ke dalam mulut anak & bini..

so, aku mewakili golongan yang bekerja sebagai buruh kasar, buruh halus, peniaga pasar malam, peniaga bakso, acik jual karipap, pak cik guard, mak cik cafe dan semua insan yang bekerja di bawah terik matahari atau sinar rembulan:

JANGANLAH PANDANG KAMI SEBELAH MATA HANYA KERANA PEKERJAAN KAMI YANG TAK MARKET PADA MATA KALIAN...KAMI JUGA ADA PERASAAN..KAMI JUGA MAHU DIHORMATI..BUKANKAH ISLAM MENGAJAR KITA UNTUK MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN??

akhir kata, statement kat atas aku tak tuju kat sape-sape..ia umum..kepada mata yang pandang sipi, harap pasni dia pandang betul..buat senak mata aje pandang camtu..

anak pun dah tido..so aku pun boleh tido..aku belanja sekeping gambo even takde kena mengena dengan entry ni..


don't fight | just smile

jika korang rasa enrty ni ada manfaatnya, jadi, manfaatkanlah dia..ilmu yang dimanfaatkan membawa ke syurga..
assalamualaikum & selamat sihat belaka...

1 comment:

  1. Salam Super, SuperBapak!

    Buat sesuatu pekerjaan itu cukup sajalah hanya mengharap redha Allah.
    Apa yang masyarakat fikirkan tak penting buat diri dalaman sesorang individu.
    Tidak satupun makhluk di langit dan bumi ini dicipta sia-sia oleh Allah. Masing-masing punya peranan masing-masing, iaitu saling melengkapi. Bagi masyarakat yang memandang negatif, biarlah mereka. Sesungguhnya kata-kata yang negatif itu lahir dari hati yang kusam...hehe

    --Jangan pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh unsur di luar diri kalian. Artinya jangan mau sedih, marah, kecewa, dan takut karena ada faktor luar. Orang boleh menodong senapan, tapi kalian punya pilihan-untuk takut, atau tetap tegar.-- Ahmad Fuadi dari Novel "Negeri 5 Menara"

    Akhir sekali,
    "Cukuplah bagi si Fulan Allah yang menilainya. Tidak ada yang lebih pantas menilainya selain Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

    ReplyDelete