Assalamualaikum & Selamat sihat belaka..
"..Lepas ada anak nanti, tak dapat berjalan la ngko.." kata beliau.
"ahhhh....itu semua poyo!! " kata aku.
ekceli, kebanyakan masyarakat kita akan berkata camtu bila someone akan dapat anak kecik..why?? kenapa?? sebab susah nak bawak budak bila pi jenjalan? atau susah nak basuh berak budak masa tungggu turn naik feri?
" ALASAN DAN KEJAYAAN TAK BLEH DUDUK DALAM SATU BEKAS YANG SAMA'...trust me~~
ada cara nak travel dengan budak kecik..ada cara nak travel dengan budak skolah menengah..ada cara nak travel dengan kawan-kawan..semua benda sama cuma lapangan rujuknya berbeza...
so, arini aku nak kongsi sikit tips bermakan angin bersama anak..antaranya :
1. Sebelum travel, bawak anak pi check dengan doktor. terutamanya anak-anak yang ada rekod perubatan. tujuannya adalah untuk memastikan anak berada dalam keadaan sihat dan dapatkan bekalan ubat secukupnya.
2. Rancang aktiviti yang hendak dilakukan. kalau sebelum ade anak korang boleh shoot pegi melawat lima (5) tempat dalam sehari, tapi kalau bawak anak; you need to be realistic. maybe boleh pegi dua (2) tempat..setiap satu tempat ambik masa lama sikit.
3. Sekiranya naik belon/ kapal terbang, pastikan korang bagi anak minum air lebih sikit..sebab? Low humidity in belon can irritate nostril & cause dehydration.
4. Pertukaran altitut/ ketinggian semasa terbang boleh membuatkan anak-anak kita sakit telinga dan sakit hidung. So, urut belakang telinga anak atau bagi mereka hisap apa-apa..bagi orang dewasa, kalau telinga berdesing, sila minta pramugari tiup telinga guna straw sila telan air liur. kalau masa scuba diving plak lain, korang boleh picit hidung dan hembus nafas kuat-kuat.
5. Jika korang menuju ke satu tempat yang panas macam pulau, amatlah digalakkan bawak topi untuk anak-anak kita tu..topi yang nama omputih 'hat' sangatlah best sebab dia tutup keliling kepala..kalau 'cap', just tutup depan sahaja. Then, belikan anak-anak kita spek mata..yang cap ayam pun takpe..janji boleh avoid cahaya matahari kena mata..Pastu, pakaikan baju jenis cotton atau natural fibre clothes..tak payah bagi budak pakai baju kain jersi..sebab? cotton/ natural fibre akan membenarkan kulit bernafas & menyerap peluh..boleh apply 'nappy rash cream' bagi elak ruam.
6. Prepare barang untuk basuh berak macam tisu, wipes, plastik kecik (untuk buang diapers yang sudah dipakai; lepas masukkan diapers tu dalam plastik, simpan sekejap..bila jumpa tong sampah, boleh buang ye..sila jangan campak dalam laut macam orang tak sekolah..atau buang kat tepi toilet bowl kat tandas awam..mangkuk betul orang yang buat camtu)..tiba-tiba aku emo bila teringat 'penah terpijak diapers yang ada tahi kat dalam tandas awam'..
7. Bila travel dengan perjalanan yang jauh, korang boleh bawak something untuk bagi anak-anak kita leka..contoh macam buku warna, puzzle, mainan oltromen atau sticker..sila jangan bagi ipad..bagi anak kita bermasyarakat sikit..kalau tak ada benda bagi dorang leka, setiap 5 minit dorang akan ulang tanya soalan yang sangat annoying.. "ayah, bila kita nak sampai? Ayah, jauh lagi ke? "..macam aku ada anak umur almost 4 bulan, aku akan bawak mainan yang boleh keluarkan bunyi & ada warna yang terang.
8. Minta isteri tersayang bawak bekal kudapan untuk anak-anak..mak boleh pack healthy + child friendly tidbids macam cereal koko krunch, coki coki, keropok moni & pajeri nenas kekacang yang lembut.
9. Bagi yang dah ada anak-anak besar, encourage dorang untuk preserve memories sepanjang holiday macam ambil gambar, mintak mak bapak beli keychain untuk member tadika & cuba makanan yang baru..Bagi yang ada anak kecik, itu adalah tugas mak bapak mereka untuk preserve the memories..bila anak dah besar nanti, dia mesti nak tengok semua tu..sejujurnya, aku tak berpeluang benda-benda camni masa kecik..jadi, aku akan buat pada masa sekarang..sama ada memori bersama anak & isteri atau memori bersama mak & abah & adik beradik..
Makna katanya, jangan terlalu memaksa atau tertekan bila something tak best jadi masa bercuti.. Sentiasa tenang dan pikir setiap yang berlaku ada hikmahnya..Tiada benda yang berlaku secara kebetulan..kadang-kadang, benda tak best yang jadi masa bercuti akan jadi kenangan pada masa hadapan..
percutian keluarga bukan untuk satu percutian yang sempurna ; tapi untuk menghabiskan masa berkualiti bersama-sama..
sini ada sikit gambar percutian bersama anak & keluarga..
Holiday with family Puchong |Tanjung Biru | N9
My Family | Teluk Ketapang | Terengganu
mandi pool ngan family puchong | Damansara
Orang makan, dia mimpi | Mabul Island | Sabah
Raya 2012 | Pangkor Island | Perak
Staying at Grand Lexis with family Shah Alam | PD | N9
Sekian untuk kali ni..Assalamualaikum & selamat sihat belaka..
pergh terbaekkk jai...upload r gmbo byk2 lagi...
ReplyDeleteWynn Casino And Hotel in Las Vegas - JetXtra
ReplyDeleteLocated in Las Vegas (Las Vegas Strip), Wynn 의왕 출장안마 Hotel and Casino is within 바카라 사이트 a 시흥 출장마사지 15-minute walk 부천 출장샵 of Fashion Show 경산 출장마사지 Mall and Sands Expo Convention Center.