Monday 23 September 2013

-Pelengkap Masyarakat-

assalamualaikum & selamat sihat belaka

jam 12:26 pagi...baby sedang bulat matanya...tadi  dia tido lama..makna katanya shift malam la arini..kali ni, aku nak bercerita sedikit...

Sebuah kereta VW Passat meluru laju meredah hujan..Ramai manusia berpayung menunggu giliran untuk melintas..ada payung berwarna kuning,warna pelangi dan ramai juga yang berpayung hitam..Di sebalik manusia-manusia itu, berdiri seorang pak cik tua berselipar 'Tat-Sing' sedang basah kuyup tanpa dipayungi apa-apa...

Satu hari yang panjang bagi orang bekerja..
Satu hari yang 'tak dan' bagi pengejar harta..
Satu hari yang suram bagi insan putus cinta..
Tapi...
Satu hari yang biasa bagi dia..

Terdetik di hati seorang pemuda..apakah kerja pak cik tua..mata kuyu tidak bermaya..badan terketar beralas 'pagoda'...

Bertanya dia pada sahabat..memegang penyapu apa dibuat..hari makin gelap gelemat..pulanglah cepat mahu berehat..

Bukan diminta jadi begitu..hanya selipar bukan sepatu..kais siang tidak menentu..jawab sahabat tidak membatu...

Kawan pemuda tu pun jawab la...

"Ooooo,,,pak cik ni keje dia sapu sampah kat sini...apsal ko tanya?"


pemuda : bukan ape weh..aku tak selesa la..dalam basah hujan camni, kang tak pasal-pasal kita kotor sebab dekat ngan dia..

kawan : ko ni apa punya manusia la..xde pekdah nya ko hina pak cik sapu sampah tu..sekurang-kurangnya dia cari rezeki halal..bukan sailang harta orang..

pemuda : ishhhh..tu la, masa kecik tak nak sekolah betul-betul...masa muda tak nak kerja keras..dah tua still keja camni...

kawan : tak baik ko cakap camtu...kalau semua orang jadi bos, sapa nak jadi kuli? kalau semua orang jadi tukang order, sape nak jadi tukang ambik order? kalau semua orang jadi tukang buang sampah merata-rata macam manusia takde otak, sape nak jadi tukang sapu sampah? sekarang ko ingat apa yang aku nak cakap ni baik-baik..

"Setiap manusia mempunyai nasib yang berbeza , pekerjaan yang berbeza..percayalah bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan itu adalah baik selagi ia halal..Mengapa ALLAH menjadikan setiap manusia itu berbeza?? kerana setiap dari manusia itu adalah PELENGKAP SESUATU MASYARAKAT" (MohamadFaizalRamli, 2013)


sesudah mendengar ceramah free oleh kawan dia, pemuda itu tercekik biji buah kana yang dimakannya ...lalu tersedak..secara tiba-tiba dia insaf..akhir sekali mereka pun jalan berpegangan tangan untuk pulang ke rumah...

best tak ending camni?? hahahahaha....


Macam mana aku bole terpikir cerita ni??  ceritanya bermula........jeng jeng jeng....


Semenjak dua menjak ni, aku selalu tolong abang ipar & biras buat kerja..dorang ni kontraktor..kerja wiring cable network kat satu unversiti hanya melayu di tengah bandar melaka..

Masa kerja, aku tahu ada mata yang pandang sipi dengan kerja yang aku buat..aku tahu kerja aku tak pakai neck tie, tak pakai seluar slack, geng kerja aku orang indonesia dan rupa aku kacak  kerja aku takde pakai komputer bagai...tapi korang kena tahu yang aku sedang cari rezeki yang halal untuk disuap ke dalam mulut anak & bini..

so, aku mewakili golongan yang bekerja sebagai buruh kasar, buruh halus, peniaga pasar malam, peniaga bakso, acik jual karipap, pak cik guard, mak cik cafe dan semua insan yang bekerja di bawah terik matahari atau sinar rembulan:

JANGANLAH PANDANG KAMI SEBELAH MATA HANYA KERANA PEKERJAAN KAMI YANG TAK MARKET PADA MATA KALIAN...KAMI JUGA ADA PERASAAN..KAMI JUGA MAHU DIHORMATI..BUKANKAH ISLAM MENGAJAR KITA UNTUK MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN??

akhir kata, statement kat atas aku tak tuju kat sape-sape..ia umum..kepada mata yang pandang sipi, harap pasni dia pandang betul..buat senak mata aje pandang camtu..

anak pun dah tido..so aku pun boleh tido..aku belanja sekeping gambo even takde kena mengena dengan entry ni..


don't fight | just smile

jika korang rasa enrty ni ada manfaatnya, jadi, manfaatkanlah dia..ilmu yang dimanfaatkan membawa ke syurga..
assalamualaikum & selamat sihat belaka...

Saturday 21 September 2013

Mabul Island

assalamualaikum & selamat sihat belaka..
 
Mabul Island atau Pulau Mabul adalah satu pulau di sekitar Laut Celebes..Antara pulau yang ada di Laut Celebes ialah Sipadan, Kapalai & Mataking..nampak  macam jauh je bunyinya...pulau-pulau ni terletak kat negeri Sabah..

Alhamdulillah...aku pernah ke sini sebanyak dua (2) kali..first masa honeymoon..second masa family vacation..so, aku nak kongsi apa yang aku nampak & rasa sepanjang ada kat sini..masa ni Muhammad tak lahir lagi..still dalam perut..wife peknen 3 bulan..

 How To Get There......

1. mula-mula sekali kena book hotel la..kang tak pasal-pasal tido bawah pokok kelapa..ada banyak pilihan hotel & chalet..dari backpackers to 5 star resort..boleh google aje..aku stay kat sipadan water village..

2. LCCT - TAWAU...kenapa LCCT? kerana airasia je yg tawarkan waktu seswai utk ke sini..kalau naik MAS, kena tido satu malam kat Tawau..sebab? air asia ade flight awal pagi jam 7.00 pagi..penerbangan ambil masa dalam 2 jam setengah..last boat tambah tolak dalam jam 12.30 tengahari..so, ambil air asia aje la..

3. from Tawau kita kena pergi Semporna..perjalanan ambil masa dalam satu (1) jam..pemandangan mostly kelapa sawit..

4. bila dah sampai jeti, naik bot pula..dalam 40 minit untuk sampai ke Mabul Island..sampai aje terus ngap...lunch time...




Perjalanan dari Tawau ke Semporna | Family Vacation


 Perjalanan dari Semporna ke Mabul | Family Vacation


Apa Yang Ada Kat Mabul

Alhamdulillah..syukur pada nikmat Maha Perkasa sebab aku dapat menikmati satu ciptaan yang sangat2 cantik dalam hidup..so, let the pictures tell the stories~~


 Sunrise Mabul | Family Vacation




Sunset Mabul | Family Vacation




Sunrise second day | Famiy Vacation


  Lepas Lunch Lepak Sini...Terbaik!!! | Family Vacation




 Sunset Mabul | Honeymoon


Kampung Mabul | Honeymoon


Perkampungan Bajau | Honeymoon


 Fish Formation | honeymoon

Aktiviti kat Mabul

Dah datang pulau..opkos la aktiviti  macam :

- Scuba Diving...aku takde lesen scuba..tapi aku penah buat discovery scuba..makna katanya try test scuba...kalu rasa badan seswai, boleh teruskan..aku buat kat Mabul..gambo ni aku ambik masa kat sipadan...
niat dalam hati nak buat lesen this year..tapi orang peknen tak boleh buat..so, tunggu anak besar sikit dulu & wife recover betul-betul..best woooo scuba..  




- snorkling.. pihak resort akan bawak pi snorkling sekitar mabul, kapalai & sipadan..tengok pakej la..aku ambil pakej 4 trip..tapi macam tak cukup aje..so, aku pi snorkling sendiri kat area pulau tu..


 Pulau Sipadan | Honeymoon


 Pulau Kapalai | Honeymoon - pulau kapalai aku panggil pulau anak obor-obor..sakit wooo kalu kena..berbirat kulit..padan muka aku..


 underwater view Sipadan | Honeymoon


 Pertapa Pulau Sipadan | Honeymoon

- Main Kayak Transperent..tengok dalam pakej la..aku dapat main free je..memang best..nampak ikat berenang bawak kayak...


Kayak Lutsinar | Honeymoon

- Hang out & Lepak Tengok Laut





lepas snorkling | Honeymoon


Baby Masih dalam Perut | Family Vacation

- Ambil Gambar ..terutamanya pencinta alam sekitar...tak boleh nak describe dengan kata-kata...biasanya aku akan bawak tiga (3) kamera..dua (2) DSLR with telephoto (70-200mm), UWA (10-20mm)+ filters, fisheye (8mm)..dan satu (1) untuk underwater - olympus tough..aku tak bawak 50mm sebab aku takde 50mm..
 




- Makan..seafood lover memang patut datang sini..fresh dan murah..ohsem!!!ada jual ikan macam baramundi, napoleon, gouper & macam-macam..lobster & mantis prawn pun ada..


candle light dinner | honeymoon


guess what, total harga ketam ni just RM30..kalau kat Shah Alam, boleh koyak wallet | Family Vacation

- Memancing.. aku tak join masa mancing sebab kena jaga wife & geng wanita..geng laki semua pi mancing...aiyoyoyo...


 ikan apa ntah..tapi sedap la buat makan malam | family vacation

Masyarakat di Mabul.. according to pekerja resort, Mabul terdiri dari 2 masyarakat utama.. Bajau dan Sulu..aku tak tau nak explain apa sebab ni bukan bidang aku..yang aku dapat simpulkan kebanyakan orang bajau tinggal di kawasan matahari terbit dan sulu tinggal di kawasan matahari terbenam..


 Bajau Kids | honeymoon

sulu kids |  honeymoon

bajau dalam sampan | honeymoon

family bajau | honeymoon

Last sekali aku nak cerita sikit pasal resort yang aku stay..nama dia Sipadan Water Village..aku bukan nak promote dan aku tak dapat apa-apa dari komen yang aku buat ni...resort ini memang selesa, menepati expectation, pekerja resort yang friendly, dive center yang mabeles dan makanan yang halal dan sangat sedap...

Bilik Deluxe | honeymoon

view dari balcony | honeymoon

view dari balcony juga | honeymoon

malam-malam boleh tengok penyu dari sini | honeymoon

tengah tu saya punya tau | honeymoon

aku berharap sangat boleh datang sini lagi pada masa akan datang & stay more than seminggu..

finally, apa yang aku sedar dari percutian kat sini ialah, ALLAH MAHA BERKUASA...
dekat dunia lagi Dia dah tunjukkan kekuasaannya mencipta sesuatu yang sangat indah..alangkah tak terkata macamana syurga nanti..

satu malam aku ade terpikir...luas sungguh alam ALLAH..itu pun belum habis diteroka oleh manusia..bayangkan setiap makhluk ALLAH yang berbeza-beza..di langit ada makhlukNya..dia darat ada makhlukNya..di dalam laut ada makhlukNya..masa scuba diving tu, aku tergamam...ALLAHUAKHBAR!! ALLAH je yang tau macamana aku rasa..semoga entry ni bagi manfaat kepada anda..

 Tips Bercuti di Pulau...nanti la aku bebel kat entry akan datang..kbai..

assalamualaikum & selamat sihat belaka...


Friday 20 September 2013

pengalaman jaga baby dari 0 bulan hingga 3 bulan

Assalamualaikum & selamat sihat belaka

last week on 12th Sept 2013, genap anak aku 3 bulan..arini 21st sept 2013..makna katanya anak aku dah 3 bulan 9 hari..

sepanjang dah ada anak ni, aku cuba perhati dan relate dengan apa yang aku belajar dulu pasal Perkembangan Awal Kanak-kanak (PAKK)..so baru aku terbukak mata...

"Oooo..macam ni rupanya budak kecik nak cakap (berkomunikasi) dengan kita..macam ni budak nak express feeling dia...rugi aku tido dalam kelas dulu.." kata aku kat dalam hati..

jadi, apa yang aku perasan pasal budak 0 hingga 3 bulan :


muhammad : 4 hari..

0 bulan

- baby mula nak kenal kita..kita mula nak kenal dia..masa ni terkobek-kobek aku cari tanda lahir..last2 jumpa kat celah ketiak ..

-baby akan kerap menangis sebab dia rase tak biasa dengan persekitaran baru..

-mak bapak akan jadi mata panda sebab kurang tido..baby tergaja tengah malam buta..
-bila anak nanges, kelam kabut cuba macam-macam nak bagi berhenti nanges..sapu minyak telon la, urut belakang la, bagi susu la...last2 rupanya dia BERAK!!!

-baby akan tido aje..bangun hanya untuk minum susu & nanges & berak..

-mandikan lah dengan air suam...byk manfaatnya..itu nanti aku bebel next  time..

-selalunya mak & bapak baby akan cakap "macam tak caye je kita dah ade anak...kan??"

-susu terbaik adalah susu ibu..disebabkan wife aku beranak cara ceaser, so lambat la dia nak ade susu..cara terbaik ialah ambil supplement..mula-mula aku belikan pil jenama 'FenuGreek Enrich'...tapi wife aku xleh telan,,sebab bau & rasa dia macam lain macam..so makan 3 kali, terus simpan dalam almari..pastu aku terbaca dalam FB pasal Shaklee...so aku try beli set penyusuan paling basic..ade ESP, lecitin & ostematrik..macam ni rupa dia..


alhamdulillah..wife aku boleh telan..kalu tak boleh, aku paksa telan jugak..sebab aku tak nak baby minum susu formula...produk ni very highly recomended..sebab wife aku minum sampai sekarang..
cara nak dapatkan, leh contact wife aku..mesej atau wasap 019-6697273..jangan kol..nanti aku jeolous...hehe..

- bagi susu setiap 2 jam..tujuan untuk elak kuning atau jaundice..penting woooo...kami akan set jam every 2 hours..biasanya aku yang kena bangun masa pagi-pagi buta..wife aku tak boleh gerak sebab luka operate still tak baik lagi..

- untuk luka operate, aku belikan dia GAMOGEN perisa oren...berkesan & efektif!! aku beli kat SACC mall, shah alam..

1 bulan



- baby aku jenis tak suka kena cium..dengan aku je kot..

- baby dah boleh berkomunikasi & bagi respon bila dengar suara atau nampak kita.

-biasanya baby akan nanges sebab lapar...

- wife dah start boleh gerak..alhamdulillah...takde la ambik masa 30 minit untuk ke toilet..

2 bulan


- ramai cakap anak aku nampak gelap..aku tak kisah..asalkan hati dia terang..insyaALLAH..

- baby dah mula banyak cakap..dia dah mula kenal mak & bapak dia..dia kenal melalui bau & suara..

- penglihatan baby still kabur..itu nanti aku bebel lain kali..

- kepada mak yang bekerja, sila start practice bagi susu guna botol...supaya senang nanti..bukan senang nak bagi baby hisap susu guna botol...

- mak baby pulak seharusnya practice pam...sekurang-kurangnya 6 kali sehari..ni tak termasuk yang baby menyusu badan tau..

-cara nak bagi pulak camni..selang-selikan cara bagi susu..comtoh : mula-mula bagi nenen..next bagi botol..pastu nenen balik..dan seterusnya..dalam masa yang sama, mak boleh cari puting yang seswai dengan baby..kadang-kadang baby nak puting yang leper..ade nak yang keras..kena try & error..

-macam anak aku, kami guna botol avent..tapi puting MAM jenis leper & lembut..

- baby pun dah boleh senyum pada peringkat ni..bahagia je rasa tengok baby kenyang dan senyum kat aku..rasa nak melompat aje..

-mak baby dah abis pantang..tapi still jangan makan sesuka hati..sebab akan effect kat baby..

3 bulan

- masa umur 3 bulan ni, baby aku dah tak nak dengan orang lain..kalau orang lain dukung, tak lama pastu mesti dia nanges..lepas aku atau wife amik, terus senyap..

- mata mula ligat tengok benda warna-warni..benda bergerak..belikan mainan yang warna-warni dan kuarkan bunyi..

- beberapa hari sekali baru berak...mula-mula aku risau jugak..tapi lepas tanya doktor, benda tu normal..as long as baby masih breastfeeding..doktor cakap badan baby serap semua nutrien yang ada dalam susu..baru aku tau...sebab tu debab je anak aku sekarang ni..

-tidur pun dah ikut waktu normal..siang berjaga, malam tidur..so, mata panda berkurangan..

- baby dah pandai hisap jari..kalau pakaikan mitten, kompom basah...

-sebaiknya dukung baby dengan posisi dia tengok ke depan..bagi dia tengok sekeliling..


- baby dah jarang menangis bila lapar..dia dah boleh relax-relax tenang skit..just merengek skit2 aje..


ini gambar latest anak aku..muhammad iskandar zulkarnain..
baiklah...sampai sini aje entry kali ni..
sebelum tido, bacalah surah Al-Fatihah, Al-Insyirah, 3 Kul, ayat Kursi dan selawat ke atas junjungan besar Rasullullah SAW...hembus kat ubun-ubun anak kita..semoga dia membesar dengan baik & menjadi insan yang akan mempertahankan agamanya...insyaALLAH...

assalamualaikum & selamat sihat belaka..

Tuesday 10 September 2013

naik gunung..

assalamualaikum & selamat sihat belaka..

tengah-tengah pagi buta ni aku nak kongsi serba sikit pasal minat aku..aku gila dengan tiga (3) benda..makna kata kalau orang ajak, aku susah nak cakap cannot..

pertama pasal kamera..aku memang gila babas dengan benda kotak kaler itam ni..
kedua pasal naik gunung/trekking masuk hutan & pegi pulau..aku baru mula berjinak-jinak la..takde hardcore sangat..tapi sejak dua menjak ni aku dah sangat jarang naik gunung..bahasa mudahnya, udah gantung beg..tapi bukan pencen..pulau plak nanti la aku citer..
ketiga pasal futsal...biar la x terer main pun..dapat tendang dua tiga kali dalam satu game cukup la..nak score mmg susah..memandangkan sekarang dah ade pouchbag deuter 2+1 kat perot..tambah plak penah patah tulang area jari..omputih cakap 'displaced metatarsal fracture'...bertongkat jugak bape minggu entah..

ALLAH MAHA BESAR..itu je yang aku mampu cakap...trekking banyak jam dalam hutan..kadang-kadang pewai..kadang-kadang cakap sorang..kadang-kadang tak cukup napas..semua tu terbayar time sampai tempat yang di target..sebenarnya aku tak kejar puncak..aku cuma nak tengok sekeliling masa trekking..sebab tu aku dalam kalangan orang yang sampai lambat ke campsite..

so, aku nak share sikit gambo sepanjang trekking..gambo kat atas tu  aku amik masa on da way nak ke air terjun Lepoh, Selangor...


ini plak masa event ' Sleepless Night At Broga' anjuran Latepackers...memang sleepless..esok nya masing-masing mata drakula...yang pompuan mata panda..

air terjun chemerong..tinggi wooo...ini masa event chemerong berembun lansir..the best trekking ever!!


ini plak time kat Lata Tembakah, Terengganu..saje jenjalan abiskan masa hujung minggu...



tempat ni aku panggil Blue Lagoon..dalam gambo air nampak ijau..tapi real nampak biru campur ijau..masa ni alu teman sorg student Phd dari University of Colorado..dia nak ambik sampel tanah..dua kali pegi sini..1st sesat..2nd baru jumpa..ni tempat larangan sebab bawah jagaan UPM..

masa pi kundasang ngan geng Limbang..naik gunung pakai kereta..


muka konon rambo masuk hutan...beware-choking hazard..gunung nuang..


geng masa study dulu..event CBL ni..peristiwa anak tupai..masing-masing perangai cam budak belum sunat...

wookey...cukup setakat ni..esok mau bangun pagi..gosok gigi..cuci muka..terus wuduk..pastu masuk keje shift siang jaga baby....agak-agak anak aku nanti minat x naik gunung??? entahlah....


Monday 9 September 2013

My 1st Day

assalamualaikum & selamat sihat belaka..

Arini 1st day wife aku keje lepas 3 bulan cuti bersalin..makna katanya, arini juga adalah hari 1st aku take over jaga baby sepenuh masa..start dari hantar wife pegi keje jam 6.50 pagi tadi..sekarang sudah lebih kurang jam 11.20 pagi..lama lagi nak tunggu jam 5 petang..

alhamdulillah..aku sudah berjaya mandikan baby dengan cemerlang...macam biasa, lepas mandi kena tuam bebird..pakai nappy rash dan minyak telon..tapi arini rekod aku tak kena pancut dengan dia..selalunya mesti kena pancut..

cabaran pertama arini ialah bagi susu..anak aku tak mau minum guna botol..dia nak nenen jugak..puas prektis dari beberapa minggu lepas..masih tak berjaya..sapa-sapa ada tips atau pendapat nak atasi masalah ni, mohon kongsi ngan aku..kesian anak aku nangis kuat..kang tak pasal-psal aku pun nangis sama..

ini la anak aku..nama dia Muhammad Iskandar Zulkarnain..umur baru 3 bulan..tapi gambar ni masa umur dia 2 bulan..