ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SIHAT BELAKA..
First day aku bertolak pada hari Jumaat ( 5 Disember 2013) jam 8 malam dari seksyen 7, Shah Alam..then gerakk ke Padang jawa untuk amik sorang member dengan more than 4 plastik besar baju budak kecik..sumbangan dari penduduk sekitar rumah dia kat Padang Jawa...Then kami menuju ke Meru...ambil bekalan ubat-ubatan hasil sumbangan seorang doktor yang ada sebuah klinik di sekitar Meru...
kami bertolak ke Kuantan pada jam 11 malam...sepanjang perjalanan keadaan sangat basah kerana hujan start dari KL sampai ke Kuantan..jalan berkabus & banyak bagero yang pasang lampu tinggi..orang lain pun tak nampak jugak brader..bukan lu sorang aje nak pakai jalan...aku ni rabun malam + silau tahap gaban...kami sampai di Base camp Mercy kira-kira jam 2.30 pagi...
kami stay kat sini....area jalan Beserah..
Esoknya ( 6
December 2013), jumaat...bangun seawal 6.30 pagi...lepas solat subuh
kami berkenal-kenalan..semalam sampai ramai yang dah tido..briefing jam
9.00 pagi kat Pusat Kesihatan Daerah Kuantan...
setelah mendengar dan mendapat maklumat tentang keadaan banjir dari pegawai di PKD..kami balik ke base camp untuk ambil barang-barang yang hendak diberi kepada mangsa banjir..
stok ubat
sumbangan orang ramai yang dibawa oleh saudara Muhammad Azmi Zulkafli
set kebersihan diri
this is our base camp
Pembagian kumpulan & barang untuk dibawa
Barang sumbangan orang ramai yang dibawa oleh X-plore Infaq
Aku dimasukkan ke dalam kumpulan 2..jadi kami akan menuju ke Sekolah Keb & Men Sungai Isap Murni..Sepanjang penjalanan, masih ada lagi kawasan banjir yang belum surut...dan yang pastinya, kasihan kepada mangsa-mangsa banjir..banyak kerugian harta-benda yang aku dapat tengok...
kami sampai ke sekolah kebangsaan Sg.Isap Murni pada jam 11.30 pagi..jalan sangat-sangat jam..
sekitar tempat penyimpanan bekalan makanan & lain-lain bekalan.
Lepas tu aku round-round sekitar sekolah..Tengok keadaan penempatan mangsa banjir..
jadi korang rase sesuai x kalau mereka dibekalkan dengan khemah? harap menteri cap ayam tersebut dapat keluarkan statement bernas sikit pada masa akan datang..pegi mampos sama parti politik mana-mana nak tolong atau tak..aku tak berpihak pada mana-mana...ini soal kemanusiaan..soal keselamatan..soal kehormatan bangsa banjir..cuba imagine golongan wanita nak salin pakaian, nak netek anak, nak tukar pad...kalau pak cik macam dalam gambo kat atas ni tak pe la..dia laki, boleh salin selamba rock je dengan kain pelikat..sape nak tengok jantan tukar baju..tapi kalau dah nama perempuan, umur berapa pun mesti orang laki tengok punya...
then kami bertolak ke SK Pandan..sampai sana dalam jam 2.10 petang...
senarai pusat penempatan & bilangan mangsa
sukarelawan mercy (nurul) tengah ambil data supaya bekalan boleh dihantar ada masa akan datang.
bekalan air bersih..
bos besar x-plore infaq
terima kasih nescafe
kemudian, kami pergi round-round area kampung..
masuk jalan mana hala ntah...pastu kami bergabung dengan geng tokey minyak...
perjalanan diteruskan.......
finally kami back to SMK Sg.Isap Murni & SK Sg.Isap Murni..penempatan mangsa banjir telah dilawati oleh
Tunku Azizah...
Tunku Azizah...
jam 6.37 petang kami stop kat masjid area Bukit Rangin..pas jamak, baru kami dapat menyentuh makanan..dari pagi tak makan woiii....
lepas makan, kami menuju ke Kolej Kemahiran Teknologi Mara Kuantan..masa tu bateri kamera dah abis..tak boleh snap gambo..kat sini kat agihkan kit kebersihan diri kepada setiap keluarga..pada masa yang sama klinik sementara oleh Mercy Malaysia telah dibuka di sini sejak dari siang lagi..Kami juga memberi bantuan makanan berupa roti kepada setiap keluarga..
jam 10.00 malam, kami sampai semula ke base camp..jam 11.45 malam, satu kumpulan diberi tugas untuk membantu mangsa di tempat-tempat tertentu..antara bantuan yang diberi untuk malam ini ialah tikar, kit kebersihan dan ubat-ubatan..
aku dengan team x-plore infaq terpaksa balik ke Shah Alam kerana ada satu kecemasan..ikut hati memang tak nak balik...kami sampai di Shah Alam jam 4.20 pagi..
antara gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang berada di sana...
Otai ni kami panggil Captain..mamat omputih dari Belgium dua orang tu dia yang bawak..
bateri kong...
mamat ni nama dia Mazli..otai bab wiring..
boss besar X-plore Infaq..sapa2 nak pakai kontraktor, dia ade syarikat...Reda Jaya Sdn.Bhd..
Depan Istana - group no II
sapa2 nak buat sumbangan, boleh contact no kat kotak tu
masing-masing muka lapar..
Pusat kesihatan Kuantan
banyak jasa kereta ni.
sekali sekala gambar selfie..haha..
Lastly, apa yang aku dapat nampak sepanjang misi bantuan ni ; rakyat Malaysia memang sangat pemurah dalam membantu sesiapa yang dalam kesusahan...banyak sumbangan yang kami dapat..dan masih ada lagi yang menyumbang sehingga hari ini..
Then, apa yang aku nak tekankan ialah SILA JAGA KEBERSIHAN TERUTAMANYA TANDAS DI PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR...aku boleh tangkap bau tandas dalam jarak 10 meter...sampah bersepah kat dalam longkang sekolah..tolong jaga kebersihan..kita tak mahu ada penyakit macam taun etc plak merebak..
Akhir kata, kalau ada kelapangan, aku akan ke sana lagi next week..terima kasih x-plore Infaq & Mercy malaysia..syukur pada ALLAH sebab bagi aku peluang macam ni..
ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SIHAT BELAKA..
jaiiii..... tak sampai pun bantuan ko kt tmpat aku.... how could u kannn.... sobsss...
ReplyDeletepapepun.... gud job
ko katne? aku try contact semua org x dapat..aritu line problem kaw2..sori ye...ko katne? aku leh inform kat volunteer yg still ade kat sana..
Deletesedih tgk suasana pusat penempatan banjir tu...
ReplyDeleteyep...mmg sedih...tapi mereka yang menanggungnya lagi sedih..aritu kami satu team penah terpikir...macamana kalau kita berada dalam situasi pelarian & penduduk miskin di afrika..ALLAH!!!
DeleteFaizal MERCY Malaysia dah buka second base camp kat Kemaman...jom join us again here bro..
ReplyDelete