Thursday 26 December 2013

-GURU PEDALAMAN-

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SIHAT BELAKA...

Dedicated to all teachers...especially yang mengajar di sekolah pedalaman...

aku nak kongsi sikit pengalaman perjalanan untuk aku balik ke sekolah...

aku mengajar kat SK Long Napir, Limbang, Sarawak..sekolah P2..atau dalam bahasa mudah nak paham ; pedalaman tahap 2..tahap paling hardcore ialah P3...majoriti murid terdiri dari masyarakat Penan & Kelabit..

Ada 2 cara nak ke sekolah aku...ikot jalan darat dan jalan air...kalau jalan air, according to orang lama kat sini, nak sampai sekolah akan mengambil masa dekat sehari lebih...aku tak pernah try..kalau jalan darat lebih kurang 3 jam to 4 jam...bergantung kepada kenderaan yang dinaiki..rekod paling lama aku penah kena lebih kurang 8 jam..masa tu naik lori...rekod paling cepat 2 jam setengah..masa tu aku pecut dengan Kawasaki KLX..ada emergency..abis bengkok rim sebab aku henjut terjun lubang..takde masa nak mengelak bagai..haha..

Mostly perjalanan akan melalui jalan balak...start dari Limbang sampai ke ape tah nama simpang tu ada jalan tar..tapi sangat banyak lubang..maybe sebab lori banyak lalu kawasan tu..

then masuk ke jalan batu-batu sungai..aku penah tergolek sekali kat situ..abis tong minyak pecah..pastu tumpah atas roti gardenia yang aku bawak dari semenanjung..bapak segala sedih..lepas sampai ke satu kem balak, baru masuk jalan balak..dah nak sampai satu kuari, ada la jalan berbatu kuari (macam dalam gambar motor aku kat bawah)..lepas aje kuari, masuk jalan balak semula sampai la ke Long Napir...

Lori tak payah nak cerita la...banyak wooo..kalau gerak dari Limbang jam 6.00 pagi, alamatnya makan debu sepanjang perjalanan...



kawasaki KLX..aku beli 2nd ngan sorang polis dari Marudi.



time ni rim pecah masa on the way balik...tapi aku teruskan perjalanan...tak nak tido dalam hutan sorang-sorang..akibatnya, kena tukar satu set tayar belakang (rim, spoket, disc etc)




Perjalanan naik lori. Masa ni je aku sempat snap banyak gambar..kalau naik 4x4 mmg x sempat..tapi separuh perjalanan aje...bateri kong masa on the way..Masa ni musim kering..berapa hari tak hujan..so jalan cantik sikit...



starting point : Limbang


satu-satunya jambatan besi untuk ke Long Napir


jalan balak







kalau jatuh........



aku penah tergolek sekali kat sini..nasib baik ikot tepi bukit..





bengkang bengkok


jambatan kayu...memang banyak kat sini..



puncak tertinggi sepanjang perjalanan..kalau gerak jam 4.00 pagi, InsyaALLAH dapat view sunrise dari sini..aku berpeluang 2 kali aje...mmg cantik tapi aku x sempat nak capture..


berhenti membuang bendalir dalam badan







abis berdebu masing-masing






Kalau dah sampai sini dalam sejam lagi sampai ke Long Napir.

Dan masa ni jugak bateri aku abis..hahahaha...ending jalan dia ada dalam video kat bawah..




nak masuk kawasan sekolah, kena lalu jambatan gantung..


Finally, sampailah ke tempat yang dituju...

perjalanan naik 4x4....aku sempat rakam je..tak sempat nak amik gambo..





sebenarnya, terlalu banyak pengalaman yang aku nak kongsikan..segala pahit masam masin manis yang pernah aku lalui...Dan tidak dinafikan ada guru yang mengajar di sekolah yang lagi 'horror' dan 'angker' perjalanannya kalau nak dibandingkan dengan aku...

  • kepada rakan guru kat luar sana, ajarlah anak murid baik-baik..

  • kepada guru besar dan pentadbir, jangan buat taik dengan guru-guru anda..

  • kepada ibu bapa yang asik nak komen pong pang pong pang, sila hormati guru anak anda..memang gaji anda lagi besar, tapi kalau asik merungut itu ini macam pandai, sila berhenti kerja & ajar anak sendiri ikut cara yang korang suka..

  • kepada ibu bapa yang budiman, terima kasih kami ucapkan..budi baik tuan kami sanjung tinggi & kami doakan anak tuan puan menjadi anak yang berjaya..

  • kepada KPM, fahamilah masalah yang dihadapi oleh kami..terutamanya yang sudah berkeluarga...kami pun nak hidup dengan anak bini..bukan korang aje ade anak bini..memang kami dah berjanji nak mendidik anak bangsa tapi kami hanya manusia biasa..nak tengok anak membesar depan mata..nak tengok mak bapak yang dah tua...

ada yang cakap ...

"nak merungut buat apa, kan korang dapat elaun pedalaman.."

kepada yang cakap macam tu, meh tukar dengan kami...cakap senang bro...hakikatnya dalam seluar xde telur...


sekian saja buat masa ni...

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SIHAT BELAKA..



6 comments:

  1. kemah Mr Jai..berdebar rasa nk posting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ustaz :)
      biasanya geng usaz dia anto sekolah paling jauh..haha...kidding :p

      Delete
    2. jgn gtu..takut jgop nk berpisah ngan family n anak isteri.. :)

      Delete
    3. jgn gtu..takut jgop nk berpisah ngan family n anak isteri.. :)

      Delete